Syaitan adalah musuh utama orang mukmin. Apakah amalan-amalan yang
di sukai oleh syaitan…..??? kita cari jawabannya agar kita dapat
menjauhinya. Jika dikaji berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW terdapat
14 perkara yang disukai oleh syaitan. Oleh itu perlulah kita jauhkan
diri daripada perkaraperkara yang di sukai oleh syaitan.
1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Apabila seseorang daripada kalian
makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka
minumlah dengan tangan kanannya. Ini karena sesungguhnya, syaitan makan
dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. “(Hadis Riwayat
Muslim)
2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri.
Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.Baginda
menegur, ” Jangan begitu! ” Orang itu bertanya, ” Mengapa? ” Rasulullah
menjawab, ” Adakah kamu suka minum bersama kucing? ” Orang itu menjawab,
” Tidak. ” Rasulullah SAW meneruskan: “Sesungguhnya telah ikut serta
minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk dari padanya, iaitu syaitan.
“(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)
3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi.
Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan. Sabda
Nabi SAW yang bermaksud : “Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila
seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sebisa mungkin karena
sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi ‘Haaa’,
maka ketawalah syaitan. “( Hadis Riwayat Bukhari) Jika tidak dapat
menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan
berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi
SAW yang bermaksud : “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut
dengan tangannya karena sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang
terbuka). “( Hadis Riwayat Muslim)
4. Syaitan kencing di telinga.
Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di
kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari
yang bermaksud : ” Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam
kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya”
5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam.
Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Apabila seseorang itu
memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca ‘Bismillah’ ketika
memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada
golongannya ; ” Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak
juga memiliki makanan malam. ” Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki
rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan
kepada golongannya ; ” Kalian telah mendapat tempat bermalam. ” Apabila
seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan
kepada golongannya ; “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan
malam. “
6. Syaitan makan sisa-sisa makanan.
Apabila
Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.
Anas berkata, bahwa Rasulullah bersabda (maksudnya) : “Jika sesuatu
makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan
membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya.
Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. ” Anas melanjutkan ; ”
Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. ”
Baginda berpesan ; ” Ini karena kalian tidak tahu di bahagian manakah
pada makanan kalian terdapat keberkatan. ” (Hadis Riwayat Muslim)
7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan.
Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan
syaitan?.Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya. Firman
Allah SWT ;Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu
ialah saudara-saudara syaitan.” (Surah Al-Isra’ ayat 27)
8. Syaitan mengganggu ibadat manusia.
Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash mengadu kepada Rasulullah SAW ;
” Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat
serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. “Maka
Rasulullah menjawab ; ” Itulah syaitan yang disebut sebagai ‘Khanzab’,
maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan
ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian
berkata; ” Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu
dariku. ” (Hadis Riwayat Muslim)
9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ketenangan adalah daripada Allah
manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. ” (Hadis Riwayat
Al-Baihaqi)
10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan.
Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa.
Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermaksud: ” Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu
cemburu? ” ” Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan? ”
Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : “Apakah telah datang kepadamu
syaitan kamu?” ” Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? ” ”
Ya. ” ” Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? ” ” Ya. ” ” Apakah
syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? ” ” Ya, akan tetapi Tuhanku
telah menolongku daripadanya."
11. Perasaan marah adalah daripada syaitan.
Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya
sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara
ini boleh diatasi dengan membaca ‘istiqhfar’ . Sulaiman Bin Surd
berkata: “Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang
sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah
wajahnya dan urat-urat lehernya timbul. Maka Nabi SAW bersabda: ”
Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan niscaya
kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah ‘A’uzubillahi minash syaitan’
niscaya kemarahannya akan hilang. “( Hadis Riwayat Bukhari)
12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja.
Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar
rumah pada waktu senja. Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang
bermaksud: ” Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak
kalian (daripada keluar) karena sesungguhnya pada waktu itu
syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya’, maka
lepaskanlah mereka”. (Hadis Riwayat Bukhari)
13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan.
Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak. Rasulullah
SAW bersabda: ” Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama
memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari
pasar karena sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di
situlah benderanya ditancapkan. “( Hadis Riwayat Muslim) Pada masa kini
pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam
hadis di atas.
14. Syaitan dapat membesar seperti rumah.
Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang
dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , ” Tunggangan Nabi SAW
tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. ” Nabi SAW bersabda : ”
Janganlah kalian menyebut ‘Celakalah syaitan!’ karena apabila engkau
mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata,
‘Demi kekuatanku!’ . Sebaliknya sebutlah ‘Bismillah!’ karena apabila
engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. “
Wallahua’lam !!!
# Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adzim.
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.
Allahumma salli ala Muhammadin wa ala ali Muhammad. — blessed Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.
Allahumma salli ala Muhammadin wa ala ali Muhammad. — blessed Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
sumber : KISAH - KISAH DALAM AL-QUR'AN
1 komentar:
semoga saja sifat" yg da di atas, tidak ada dalm diri kita yah , amin ...
Posting Komentar